Al Jazeera
Al Jazeera

Al Jazeera

Al Jazeera (bahasa Arab: الجزيرة), yang bermaksud "Semenanjung" dalam bahasa Arab, ialah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar. Ia kini merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network pemiliki dan pengendali beberapa saluran dedikasi lain seperti Al Jazeera English.Al Jazeera mendapat perhatian dunia selepas peristiwa serangan 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat apabila ia menayangkan rakaman siaran para pemimpin Al Qaeda seperti Osama bin Laden. Sejak itu, ia banyak menimbulkan perasaan prasangka terutama sekali di kalangan ahli dan para pemimpin politik Amerika Syarikat seperti Donald Rumsfeld. Saluran berkenaan juga banyak menimbulkan kontroversi di kalangan pemimpin dan kerajaan Arab dengan laporan warta berita yang berani dan mencabar.Kehadiran Al Jazeera secara tidak langsung telah banyak mengubah lanskap dan geopolitik dunia Arab. Ramai bersetuju[nyatakan menurut siapa?] ia banyak menyumbang ke arah kebebasan bersuara di kalangan media Arab, sesuatu yang asing sebelum kemunculan saluran berkenaan.

Al Jazeera

Dilancarkan 30 November 1996
Dimiliki oleh Al Jazeera Satellite Network
Ibu pejabat Doha
Laman sesawang
Kawasan siaran Antarabangsa
Negara Qatar